Friday, 21 November 2008
Home

Login Form

Lost Password? No account yet? Register
banner kedairuncit.net

Latest Ads

Iklan latest

noimage
CBclickbank Mudah Buat Duit
( / Komputer dan Internet)
2008-11-15
KANSER DAN RAWATAN ALTERNATIF
KANSER DAN RAWATAN ALTERNATIF
( / Barangan Kecantikan dan kesihatan)
2008-10-28
noimage
De chol/ utervin (sakit jantung/batu karang/kencing manis)
( / Barangan Kecantikan dan kesihatan)
2008-10-10

Random Ads

Iklan random

noimage
Jawap survey dan dibayar
( / Komputer dan Internet)
2008-09-18
Jersey Bola & Aksesori
Jersey Bola & Aksesori
( / Barangan Kecantikan dan kesihatan)
2008-08-12

Popular Ads

Iklan popular

noimage
De chol/ utervin (sakit jantung/batu karang/kencing manis)
( / Barangan Kecantikan dan kesihatan)
2008-10-10
noimage
Berkenalan sambil mencari wang
( / Komputer dan Internet)
2008-09-18
KANSER DAN RAWATAN ALTERNATIF
KANSER DAN RAWATAN ALTERNATIF
( / Barangan Kecantikan dan kesihatan)
2008-10-28
 
 
New update
Written by maharrajautara@yahoo.com   
Friday, 01 February 2008

-> GO TO FORUM | Iklaneka

 

 Saya mewakili pihak kedairuncit.net ingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan kepada semua warga kedairuncit.net yg telah menyokong laman web ini sehingga ke hari ini.




Ucapan ini khasnyer ditujukan kepada:

# rajautara (1099)
# clickpen (695)
# Kacang_ijo (682)
# bond (424)
# sparrow (358)
# zink (80)
# casanova (42)
# zck (41)
# hjpeca (37)
# sifat (30)
# Firdz (17)
# corrie (14)
# admin (14)
# LUVMIOR (11)
# aie (8)

 diatas sumbangan artikel anda diruangan kedai runcit ini.. saya amat2 hargai..
Saya mempunyai plan yg besar utk jangka masa panjang terhadap komuniti ini, dan khasnyer utk kedairuncit.net, hanya menunggu masa sahaja. Harap bersabar.


salam maaf zahir dan batin..Laughing

and.. so on.. selamat menyambut syawal.. selamat hari raya..

 

 _____________________________________________________________________________________________

 

Hi all kedairuncit.net member
we are working hard so far to improve our website kedairuncit.net to be outstanding, to stand together with others forum site in malaysia.
In other side also mean that we've learn something new to buck-up our skill in web application.
What improvement that we have done lately is;
1. New template design ( where we always update is time to time.)
2. New function for sending PM to other member.
3. Improve classified/Iklaneka site.

I hope with this improvement, our member will support us more.
Thanks.
//admin

 *update

There's always something goes wrong with IE that's make me upset! When i do some coding or design i always refer to Firefox. But when i go to work, where here we use IE6, i always se funny2 things appeared. So as i always mention it, BEST VIEW WITH MOZILA FIREFOX. 


Last Updated ( Monday, 25 August 2008 )
 
Analisis Pilihanraya ke-12
Written by maharrajautara@yahoo.com   
Friday, 01 February 2008

 -> GO TO FORUM

Jadi begitulah tragisnyer keputusan pilihanraya ke-12 kali ini.

5 negeri ternyata tewas di tangan BA, yg mana menyaksikan BN secara officiallynya menjadi parti pembangkang dinegeri2 tsb. Kelantan, P.Pinang, Kedah, Perak dan SELANGOR. Selamat menjadi pembangkang diucapkan kpd parti kolot BN.

Saya nak mengulas sedikit mengenai kenapa BN boleh kalah. Saya bukanlah seseorang yg pakar dlm politik, bukan juga yg berpangkat atau berkepentingan dalam mana2 parti. Saya hanya rakyat biasa, sbb itu perasaan dan pendapat saya mestilah diambil kira kerana sayalah rakyat yg akan mengundi utk menentukan siapa wakil rakyat mahupun siapa perdana menteri. Sayalah rakyatnya yg membayar segala macam bil2 yg wujud dimalaysia ini. Sayalah rakyatnya yg membayar cukai pendapatan serta segala macam cukai maknenek yg ada. Sayalah rakyatnya yg membayar tol2 celaka dimalaysia ini. Dan sayalah rakyatnya yg terpaksa menanggung hutang boros lagi bodoh kerajaan yg tak tahu macamana nak menguruskan keewangan mereka.

Jadi, pemimpin BN masih nak berlagak lagi? sila baca lagi ...

Kenapa BN boleh kalah?

 1. BERLAGAK. Betul! saya katakan ini amat betul. Mereka tunjuk lagak. Berlagak nak mampus. Mereka berlagak macamlah mereka tu beranak2 dah terus jadi pemimpin atau perdana menteri. Mereka cukup berlagak. Mereka berlagak macamlah Malaysia ini macam bapak mereka yg punya atau bapak mertua mereka yg punya. Meraka berlagak sehingga ke tahap yg ekstrem, di mana sehingga mereka menghina rakyat, sehingga rakyat merasa jatuh maruah. Perbuatan mereka lebih teruk dari monyet mabuk. Tak tahu malu, perpoya2 sana sini guna duit kerajaan.Pemimpin BN masih menunjukkan lagak berlagak sebagai superhero di malaysia. Walaupun dlm keadaan syok syok sendiri saja sebenarnya mereka ini. Apa2 isu cuba ditangani dlm keadaan yg sgt bodoh terlampau. Bila akhirnya time mengundi tiba, mereka cuba pula mengugut rakyat, cengkik leher rakyat, rantai rakyat, tutup periuk nasi rakyat, racuni pemikiran rakyat supaya menyokong mereka.

2. MEREKA TIDAK MENDENGAR SUARA RAKYAT . Ternyata mereka tidak mendengar mahupun melihat. Mereka tidak mahu mendengar apa yg rakyat mahu. Mereka tidak menghiraukan rakyat sebaik saja mereka menang pilihanraya. Mereka manggangap rakyat ialah kuli batak mereka yg akan mereka gunakan kembali pada pilihanraya yg akan datang. Mereka akan mula mengira keuntungan yg mereka akan kaut setelah menang bertanding.

TOL naik! Rakyat mula panik. Terdesak dgn keadaan maka berlakulah piket2 dihadapan tol2. Apa yg rakyat dpt? air gatal dan gas pemedih mata. Belum pernah berlaku dimalaysia setelah rakyat bersuara malah berpiket dihapadan pagar tol, maka harga tol akan dikurangkan! BELUM PERNAH! walhal kalau ada yg mati didepan tol itu pun belum tentu harga tol akan diturunkan. maka itulah suara rakyat, pemimpin BN tak mahu dgr itu semua! Mereka tidak mendengar. BN TIDAK MENDENGAR!

MINYAK naik harga! Kecoh satu malaysia minyak naik harga. Ketakutannya mengalahkan keadaan gajah turun minyak.PANIK. RAKYAT PANIK. RAKYAT TAKUT, kau tahu tak!? BN TIDAK MENDENGAR! Mereka naikkan juga harga minyak. Mereka mula bermain wayang, berikan alasan bangsat yg bosan dan tidak munasabah. Maka rakyat terpaksa menelan pahitnya kesan kenaikan harga minyak yg mana secara asasnya akan menarik harga2 barang2 lain turut sama naik. Gula, beras, tepung, susu terus naik. Harga makanan terus melambung. Harga cas pengangkutan awam mula melambung. Tarif bil api terus naik. Maka secara halusnya , dlm kadar automatik gaji rakyat seumpama diturunkan.Sbb itu bila slogan BN = Barang Naik, cukup memberi kesan yg mendalam kepada rakyat, penyokong mahupun pembangkang. Mereka BN tahu kesannya namun MEREKA TIDAK MENDENGAR SUARA RAKYAT. Maka rakyat buat pilihan, kembali merana dibwh BN atau cuba alternatif baru, tewaskan BN. End story!

 3. STARTEGI. Saya malas nak menyentuh mengenai bab ini, namun sebagai rujukan kpd diri sendiri diatas ke kelakaran BN poyo ini, maka ceritanya begini. BN secara koyar nya nak merawat Kelantan yg nampaknya bagi mereka adalah agak mudah kerana pada pilihanraya yg ke11 mereka mendapat 21 kerusi DUN dikelantan. Maka mereka betul2 push into the limit utk mendapatkan Kelantan. Berbagai2 janji2 manis, berbagai projek diluluskan, Highway baru, Masjid baru, Universiti baru, Lapangan terbang baru, rumah baru, bantuan baru, ECER, Tamadun Islam dunia dan bermacam2 lagi termasuklah memberi wang saku kpd para pengundi utk balik mengundi, tidak termasuk kain batik, gula, beras dan lain2 makan, semuanya diberikan kpd rakyat kelantan.

Maka disinilah kelakarnya, apakah pentingnya negeri kelantan utk dilaburkan sedemikan rupa, sehinggakan mengecilkan hati penyokong setia mereka dinegeri2 P.Pinang, Kedah, Perak dan Selangor? Takda value kah negeri ini? tak ada hasilkah negeri2 ini atau hasil negeri mereka sudah habis dikikis oleh BN sehingga terpaksa mencari hasil dari negeri kelantan? atau mereka ingat negeri2 ini rakyatnya senang ditipu maka mereka biarkan saja sbb confirm dan menang?

Tapi apakah puncanya mereka tewas secara total? BARAH! TERENGGANU adalah barah mereka. Terengganulah punca mereka tewas. Pada peringkat awalnya mereka ingatTerengganu sudah dlm genggaman mudah mereka. Namun semakin hampir pilihanraya, keadaan politik Terengganu mula bergolak. Terengganu mula memberontak dari belenggu BN. Idris jusuh dah tak terkawal Terengganu. BN tak mahu kehilangan Terengganu iaitu sumber keewangan mereka dari hasil Petronas, Balak dll hasil bumi yg kaya diTerengganu. Maka segala jentera pilihanraya dikelantan mula beralih arah ke Terengganu, malah saki baki jentera dinegeri2 yg lain juga di humbankan ke Terengganu . Habis semua-semua!, SPR, Polis, FRU, Pengundi Hantu, Pengundi monyet, Pengundi Babi, Pelajar2 universiti, Org Myanmar, Bangla, semuanya dikerahkan keTerengganu. Selamatkan Terengganu, Tsunami nak datang.  Syabas rakyat Terengganu yg maha hebat menentang jentera Paklah yg maha dasyat. Ada yg ditembak, ada yg di semburkan gas pemedih mata, ada yg masuk hospital, ada yg ditangkap, ada yg patah kaki. Syabas rakyatTerengganu, ANDA AMAT HEBAT! Bejaya merampas 8 kerusi diTerengganu saya kira amat hebat diatas perjuangan anda yg sangat sengit.

BARAH yg kedua ialah PKR@Anwar Ibrahim@Datin Azizah@Nurul Izzah. Tiga beranak yg sgt gigih berjuang utk keadilan, sgt superb. Marvelous! Meraka bertiga mempunyai Karisma yg sgt tinggi! PKR berjaya meraih undi dari semua kaum dimalaysia, sehingga mampu utk tapau BN.

4. TEKNOLOGI MAKLUMAT. Internet adalah puncanya. SMS juga membantu.BN secara bangsatnya mempergunakan Stesen TV dan radio utk berkempen secara terlalu berleluasa. Rakyat loya dgn keadaan ini. Media akhbar juga menjadi dalang kpd kempen2 BN. Saya lagi LOYA dgn keadaan ini. Internet adalah sumber maklumat yg bagus. Internet memberi ruang kpd golongan muda utk mencari maklumat, menyuarakan pendapat malah  utk berkempen. Internet lebih telus berbanding media2 tungangan BN. Internet memberikan kebebasan utk memilih mana yg bagus mana yg tidak. Internet akan menceritakan kisah sebenar yg ditipu di RTM dan akhbar. Internet tidak Bias!

Di internet terdapat maklumat yg secara totalnya disembunyikan oleh pemimpin Amno. Internet membolehkan golongan BA bertukar pandangan, startegi, teknik dan ideologi tanpa tersekat oleh BN. 

Apa yg pasti. INTERNET TIDAK BOLEH DISEKAT OLEN BN. Youtube bukan milik AMNO. Yahoo dan Google bukan milik AMNO. Blog-blog bukan milik AMNO. Jadi BN hanya boleh berputih mata melihat kebebasan maklumat ini tersebar meluas di internet. Penipuan mereka terbongkar satu demi satu. Kebodohan mereka terbongkar. Salah guna kuasa tersebar. Ceramah2 pemimpin BA tersebar meluas. Apa pemimpin BN boleh buat?Sedangkan mereka sendiri tolol dlm menggunakan internet?

5. KEPIMPINAN. Saya nak tanya, Yakinkah anda dgn kepimpinan PAKLAH? Sukakah anda kepada KHAIRY menantu PAKLAH? Apakah NAJIB bebas skandal rasuah? Apa PAKLAH buat selama 4 tahun menjadi perdana menteri? NOTHING! ZERO!. oh ada, dia kawin selepas jadi perdana menteri. Itu saja? Tidur semasa meeting. Sudah menjadi sinonim dgn nama Paklah. Pencinta wanita pula sinonim dgn Najib. Dan Khairy? paham2 sendiri.

Saya taknak komen bab ini panjang2. Paham2 sendiri. Kita melayu ada adab klu nak komen pun.

Sebagai penutup, sekali lagi saya mengucapkan tahniah kpd parti BA yg menang besar pada pilihanraya kali ke12 sehingga berjaya menafikan majoriti 2/3 kerusi yg selama ini dibangga2 kan oleh AMNO. Selamat menjadi pembangkang kpd AMNO. Rasalah keperitan menjadi pembangkang dan kepahitan menjadi pembangkang.Rasalah.

Salam semua  (text terpanjang saya setakat ini - saya puas hati)

Last Updated ( Sunday, 09 March 2008 )
 
 

Forex Update




_____________________


[Most Recent Quotes from www.kitco.com]




current GU H1


GJ1h





You are not logged in.





Our Top Posters

Total users: 98
  • rajautara (1246)
  • sparrow (891)
  • bond (821)
  • clickpen (696)
  • Kacang_ijo (690)
  • zink (80)
  • casanova (42)
  • zck (41)
  • LUVMIOR (40)
  • hjpeca (37)
  • sifat (30)
  • Firdz (17)
  • admin (15)
  • corrie (14)
  • aie (8)

Iklan Kami





Iklan percuma anda disini